Friday, 3 May 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Salam Perjuangan..

          Admin wakil dari Calon Dun N02 Bertam, Syed Mikael Rizal Aidid ingin menjemput semua rakan-rakan taulan, para pejuang dan semua warga terdekat hadir ke Majlis Solat Maghrib dan Munajat Perdana demi kemenangan Pakatan Rakyat di DUN N02 Bertam dan Parlimen P41 Kepala Batas yang akan diadakan di Bilik Gerakan Utama N02 Bertam,Kampung Paya,Kepala Batas.

         Majlis akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mutalib Maarof, Mudir Yayasan An Nandhoh dan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan tazkirah amanat kemenangan.Ayuh beramai-ramai hadir mengimarahkan Majlis. #INIKALILAH #BERTAMMADANI



FLASH MOB ANAK MUDA KEPALA BATAS

Tempat : Exit Highway PLUS Bertam, Kepala Batas
Tarikh : 02 / 05 / 2013
Masa : Sekitar 6.00 petang

Salam Perjuangan sekali lagi..kali ini admin nak cerita pasal 'Flash Mob'..Flash Mob adalah suatu kempen alternatif dari anak muda atau dikenali juga sebagai silent campaign atau kempen bisu..Sesetengah tempat di dalam negara agak kurang berminat dalam kempen yang berbentuk membebel..Sebab pada admin, Bertam adalah tempat dimana banyak terdapat penduduk baru dan mereka sibuk dengan kerja seharian dan lebih sedap didengar penduduk yang lebih kepada privacy..

Jadi dengan kempen sebegini insyaallah moga lembut hati mereka untuk mengundi Pakatan Rakyat pada hari pengundian nanti..Antara kempen bisu yang Anak-anak Muda Kepala Batas setup adalah menayangkan slogan kertas di traffic light di lokasi..Alhamdulillah..mendapat sambutan dan bunyian hon dari kenderaan yang melalui jalan tersebut amat memberansangkan juga dengan penyertaan Calon kita sendiri iaitu Syed Mikael Rizal Aidid bersama-sama mengibarkan bendera..#INIKALILAH
















CERAMAH KELOMPOK DI PERMATANG PAK ELONG

Tempat : Permatang Pak Elong, Kepala Batas
Tarikh  : 01 / 05 / 2013
Masa   : 10 malam

Salam Perjuangan..Ini antara Ceramah Kelompok yang mendapat sambutan luar biasa di dalam kampung..
Kami terpaksa meredah program Barisan Nasional untuk melalui jalan masuk ke dalam kampung..namun semangat juang tetap diteruskan..Alhamdulillah,majlis mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.. 

Ditambah pula dengan kehadiran yang tidak dirancangkan sebenarnya..Lawatan hormat dari Calon N21 Sungai Acheh iaitu Che'gu Bard dan juga anak kepada Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali iaitu Fariz Mustafa, Peguam Khas Parti Islam Semalaysia (PAS)..Menambahkan kehangatan program tersebut..
Ini serba sedikit gambar dan video yang sempat admin rakam sepanjang majlis berlangsung..

#INIKALILAH #INSYAALLAH #PAKATANMENUJUPUTRAJAYA












Ucapan bersemangat dari Che'gu Bard Calon Pakatan Rakyat N21 Sungai Acheh!


Ucapan daripada Fariz Mustafa,anak kepada Setiausaha Agung Pas Pusat




Wednesday, 1 May 2013

Ceramah Kelompok Taman Haji Abdullah Fahim

Tempat: Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas
Tarikh: 30 April 2013
Masa: 10.30 Malam


















BERILMU, BERSIH & BERKAT #BertamMadani

Ceramah Kelompok Di Permatang Sintok

Tempat: Permatang Sintok Luar
Tarikh: 30 April 2013
Masa: 9.30 Malam













BERILMU, BERSIH & BERKAT #BertamMadani